Makanan Sihat


Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Buah-buahan memang kaya dengan vitamin C. Pastikan buah-buahan ada tersenarai dalam makanan seharian anda.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin. Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan

3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

  • Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
  • Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  • Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
  • Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh
  • Menghadkan penggunaan lemak seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis.
  • Mengamalkan kaedah masakan alternatif, seperti membakar atau mengukus, daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula.

Sesetengah makanan mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat. Oleh itu, kurangkan gula dalam makanan.

6. Kurangkan garam

Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Comments