Masker Muka


Kulit kita terdedah kepada persekitaran yang tidak bersih setiap hari. Apa lagi kalau seseorang itu kerap memakai make-up ke kerja atau ke mana-mana saja.

Kulit kita juga perlukan pengudaraan yang baik dan bekalan oksigen yang secukupnya. Jika liang-liang roma pada kulit tersumbat akibat bedak asas atau 'cream foundation', kulit akan mudah berkedut, berjerawat, tona tidak sekata dan pelbagai masalah kulit yang lain.

Oleh itu, penting bagi kita membuat masker muka sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk membuang sisa-sisa kotoran pada kulit wajah dan mengembalikan keanjalan kulit.

Berikut adalah antara kaedah-kaedah masker muka yang mudah untuk kulit kita. Saya sendiri pun sudah pernah mencubanya! :)

1) Lemon dan Madu
Campurkan lemon dan sedikit madu mengikut kepekatan yang sesuai untuk dijadikan masker. Biarkan selama 10 minit dan basuh menggunakan air suam. Kulit akan lebih berseri dan anjal.

2) Putih telur
Kaedah ini biasanya untuk membuka 'whiteheads' di bahagian hidung, dagu, dahi dan seluruh wajah.
Putih telur diambil dan tuang ke dalam mangkuk kecil. Kemudian, ambil tisu atau kapas dan masukkan ke dalam putih telur. Perahkan lebihan air pada tisu dan tempek pada bahagian muka yang dikehendaki. Bila sudah selesai ditempek pada seluruh wajah, tunggu selama 30 minit atau sampai kering. Lepas tu, buka masker yang sudah keras tu dan anda akan dapat lihat whiteheads melekat pada tisu kering itu. Puas hati tau!

3) ESP dan Alfalfa Shaklee
Ini paling mudah dan cepat. Ambil setengah sudu ESP dan 2 biji alfalfa. Tuangkan sedikit air mengikut kepekatan yang sesuai dan tempek di muka. Selepas 10 minit, basuh muka dengan air suam dan muka akan rasa lebih 'fresh'.

4) Vitamin C Shaklee
Ambil sebiji vitamin C dan hancurkan menggunakan sudu. Vitamin ini mudah dihancurkan, jangan risau. Tuangkan sedikit air dan tempek di muka. Tunggu sehingga 10 minit dan basuh dengan air. Anda akan rasa macam ada lendir-lendir pada vitamin C tu. Itu biasa sebab viamin C Shaklee menggalakkan penghasilan kolagen.

5) Vitamin E
Masker ni paling sesuai bila kulit sangat kering dan sensitif. Ambil Vitamin E dan potong kapsul perlahan-lahan. Cecair dalam kapsul tu ditempek terus di kulit wajah. Lepas 10 minit, basuh dengan air suam dan lap dengan tisu. Kulit akan lebih halus dan anjal.

Comments